AO3 News

Post Header

Published:
2020-08-26 12:18:03 -0400
Original:
OTW Election Statistics for 2020
Tags:

Pilihan Raya tahun 2020 telah berakhir, maka kami berbesar hati untuk berkongsi dengan anda statistik-statistik jumlah hadirin pengundi!

Untuk Pilihan Raya tahun 2020, terdapat 13369 orang pengundi yang layak mengundi. Daripada jumlah itu, sebanyak 2858 undian telah diterima yang mewakili 21.4% daripada keseluruhan pengundi layak. Peratusan pengundi yang hadir pada tahun ini lebih rendah berbanding tahun lepas, iaitu 22.5%. Biarpun begitu, kami menyaksikan peningkatan dalam jumlah undi yang diterima, dari 2234 ke 2858, iaitu sebanyak 28%.

Jawatankuasa Pilihan Raya bertekad untuk terus menggalakkan ahli kami yang berkelayakan untuk mengundi dalam pilihan raya. Sesiapa yang dilantik untuk menyertai Lembaga Pengarah memainkan peranan yang penting dalam menjamin kestabilan jangka panjang untuk projek-projek OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif), dan kami ingin memberi peluang kepada ahli-ahli kami untuk menyuarakan pendapat mereka mengenainya.

Bagi sesiapa yang mungkin berminat untuk mengetahui bilangan undian yang diterima oleh setiap calon, harap maklum bahawa proses pemilihan kami dirancang untuk memilih anggota kohort yang setaraf untuk membolehkan mereka bekerjasama dengan baik. Oleh itu, maklumat tersebut tidak akan diumumkan. Secara lazimnya, kami juga tidak akan mendedahkan mana-mana calon yang tidak berjaya dan menerima undi paling sedikit, kerana kami tidak mahu menghalang mereka daripada mencuba sekali lagi pada masa hadapan apabila keadaan dan minat ahli mungkin berbeza.

Sekali lagi, ribuan terima kasih kepada semua yang mengambil bahagian dalam setiap peringkat pilihan raya tersebut! Kami berharap untuk berjumpa dengan anda lagi pada pilihan raya tahun hadapan.


OTW adalah organisasi bukan keuntungan yang juga merupakan organisasi induk pelbagai projek termasuk AO3, Fanlore, Open Doors, TWC, dan Bantuan Guaman OTW. Kami adalah organisasi yang dikendalikan oleh peminat, dan disokong sepenuhnya melalui derma serta kerja sukarelawan. Ketahui lebih lanjut mengenai kami di laman web OTW. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pasukan penterjemah sukarela kami yang telah menterjemahkan halaman ini, kunjungi laman Penterjemahan.