AO3 News

Post Header

Published:
2020-08-17 21:33:06 -0400
Original:
2020 OTW Election Results
Tags:

Jawatan Pilihan Raya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua calon atas segala kerja keras mereka dalam pilihan raya tahun ini. Dengan itu, kami dengan besar hati mengumumkan keputusan Pilihan Raya 2020.

Calon-calon tersebut (dalam urutan abjad) telahpun dilantik secara rasmi ke Lembaga Pengarah:

  • Alex Tischer
  • Jess White
  • Kati Eggert

Penukaran lembaga akan bermula secara rasmi pada 1 Oktober. Kami mengharapkan yang terbaik untuk ahli-ahli Lembaga baru dalam memenuhi penggal mereka.

Dengan itu, musim pilihan raya telah pun berakhir. Terima kasih kepada setiap orang yang terlibat dalam menyebarkan berita, mengemukakan soalan kepada calon-calon, dan, sudah tentunya, yang mengundi! Kami berharap dapat bertemu lagi pada tahun hadapan.


OTW adalah organisasi bukan keuntungan yang juga merupakan organisasi induk pelbagai projek termasuk AO3, Fanlore, Open Doors, TWC, and Bantuan Guaman OTW. Kami adalah organisasi yang dikendalikan oleh peminat, dan disokong sepenuhnya melalui derma serta kerja sukarelawan. Ketahui lebih lanjut mengenai kami di laman web OTW. Untuk mengetahui lebih tentang pasukan penerjemah sukarela kami yang telah menerjemahkan halaman ini, kunjungi laman Penterjemahan.